Jumat, 20 Desember 2013
Ashraf Muslim Rancang Majlis Resepsi Nov Ini
Masih belum reda lagi kisah pelakon Ashraf Muslim yang dikatakan berkahwin dua tanpa mendapat keizinan daripada isteri pertamanya.
Terbaru, menerusi portal Murai, terdapat perkhabaran mengatakan Ashraf akan mengadakan majlis resepsi perkahwinannya dengan Wan Sakinah di Ipoh, Perak pada bulan November ini.
Sebelum ini pasangan itu melangsungkan pernikahan di Thailand pada awal Julai lalu yang hanya dihadiri ahli keluarga dan saudara-mara terdekat pasangan tersebut.
Sakinah kini disahkan hamil apabila Ashraf sendiri memberi pengakuan kepada sebuah akhbar baru-baru ini.
Pasti resepsinya akan berjalan meriah kerana meberikan peluang kepada peminat Ashraf untuk melihatnya serta pasangan dari dekat.
Oleh: AUDREY LEE
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar