Jumat, 28 Februari 2014
Naik gaji pensyarah langkah bijak
sinar harian
FAKHRURRAZI USULDIN
var dateEG = "May 21, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 21 Mei 2012
SHAH ALAM - Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini supaya kajian semula gred gaji pensyarah dilakukan bagi memberi imbuhan kepada golongan itu disifatkan satu langkah bijak.var dateEG = "May 21, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 21 Mei 2012
Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Profesor Madya Dr Aminuddin Ruskam Al Dawamy berkata, terdapat pensyarah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang masih belum menerima kenaikan gred gaji walaupun sudah lama berkhidmat.
“Sebenarnya, masih ada pensyarah yang sudah lama berkhidmat tetapi gred gaji di takuk permulaan iaitu DS45.
“Malah, sebelum ini ada juga pensyarah yang bersara dengan gred itu,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS), Profesor Dr Mohamad Awang berkata, pengumuman Timbalan Perdana Menteri itu dilihat sebagai langkah memulihkan profesion pensyarah di IPT.
“Kedua-dua kumpulan profesion ini perlu dihormati, baik guru mahupun pensyarah kerana mereka mendidik anak bangsa menjadi insan berguna,” katanya.
Mengulas isu sama, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, gaji pensyarah di Malaysia agak kecil berbanding gaji pensyarah di luar negara.
“Sebagai contoh, gaji pensyarah di negara jiran seperti Singapura sekitar RM8,000 sebulan, manakala gaji pensyarah baru di sini hanya sekitar RM4,000,” katanya.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman pula berkata, pihaknya telah syorkan kepada kerajaan mengenai skim gaji pensyarah seperti diumumkan Muhyiddin baru-baru ini.
“Sewaktu ‘task force’ (pasukan petugas) mengenai kajian semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kita ada syorkan supaya gred gaji pensyarah ini dikaji semula.
“Ada pensyarah yang lama mengajar dan baru dapat doktor falsafah (PhD) tetapi gred gajinya tak naik sedangkan yang tiada PhD boleh naik hingga ke gred C,” katanya.
googletag.cmd.push(function() { googletag.display(div-gpt-ad-1335370778301-0); });
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar