Minggu, 23 Februari 2014
Wanita Sulu direkrut jadi penembak tepat
LAHAD DATU – Percaya atau tidak, kumpulan penembak tepat pengganas Sulu dipercayai turut melibatkan wanita.
Satu sumber memberitahu, kumpulan wanita Sulu yang berusia lingkungan awal 20-an itu difahamkan amat arif dalam penggunaan senjata dan mereka hanya mengambil masa singkat untuk mempelajari selok-belok penggunaan senapang.
“Kumpulan pengganas itu didakwa menggunakan tenaga penembak tepat wanita bagi memberi laluan kepada golongan lelaki untuk bertempur dengan pasukan keselamatan,” kata sumber itu kepada wartawan di sini semalam.
Kata sumber itu lagi, senjata yang digunakan oleh pasukan penembak tepat pengganas Sulu itu kebanyakannya daripada jenis rifel M14 dan M1 yang turut digunakan oleh askar-askar Amerika Syarikat.
Saiz peluru yang digunakan bagi rifel M14 dan rifel M1 adalah sebesar 7.62 milimeter.
“Mungkin ada antara kumpulan penembak tepat wanita itu mengalami kecederaan ketika bertempur dengan pasukan keselamatan,” tambah sumber itu.
Bagaimanapun, jelas sumber itu lagi, sehingga semalam belum ada mayat pengganas wanita ditemui.(kosmo)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar