Sabtu, 08 Maret 2014
Bimbang Bapa Turut Terkorban Nahas Helikopter
Sekurang-kurangnya lapan orang sudah disahkan maut manakala 14 orang lagi dalam cedera parah selepas sebuah helikopter polis Scotland terhempas ke atas sebuah pub yang sibuk di ibu negara itu, Glasgow.
Bagi seorang lelaki John McGarrigle, 38 tahun, dia kini teramat bimbang bapanya mungkin antara mereka yang terkorban.
Dia juga risau sekiranya mayat bapanya masih berada dalam runtuhan Clutha Bar (gambar) yang lokasinya di tebing Sungai Clyde.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga kini.
Dalam nahas itu, tiga yang berada dalam helikopter iaitu dua anggota polis dan seorang juruterbang merupakan antara yang disahkan mati.
Garrigle memberitahu BBC News, jasad ayahnya yang juga dikenali sebagai John McGarrigle ketika ini mungkin berada di bawah helikopter itu.
“Perasaan bimbang itu hanyalah satu jangkaan yang datang tiba-tiba, sebaik sahaja mengetahui tentang nahas yang berlaku di Clutha, saya tahu sesuatu pastinya sudah berlaku kepada beliau,” kata McGarrigle.
Dia berkata ketika dia tiba meninjau lokasi kejadian, dan melihat tempat helikopter itu terhempas itu adalah tempat kegemaran untuk ayahnya yang selalu mengunjungi bar itu.
“Saya tahu dia ada di dalam bar itu ketika kejadian, ramai orang sudah memberitahu saya, dia ada ketika itu. Dia tidak menjawab panggilan telefon, dia tiada di rumahnya, saya pasti dia sudah mati,” katanya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar