Kamis, 13 Maret 2014

DAP RCI tidak bermakna jika penemuan tidak diendah

OLEH LEE SHI-IAN
July 23, 2013

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram di Sabah tidak bermakna jika kerajaan tidak bertindak terhadap penemuannya, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar).

Bercakap kepada lima panel hari ini, beliau berkata, daftar pemilih 2013 penuh dengan pengundi yang memegang kad pengenalan meragukan dan siasatan menyeluruh perlu dibuat.
“Ini akan menjadi satu usaha lagi tidak bermakna jika penemuan RCI tidak diendahkan dan daftar pemilih tidak dibersihkan,” katanya.Ong berkata, ia juga menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bertanggungjawab dalam memastikan kepercayaan rakyat terhadap suruhanjaya tidak dicabuli.

Beliau berkata, permohonan kad pengenalan Malaysia dibahagi kepada tiga kategori iaitu P1, P2 dan P3 manakala P1 dan P2 untuk permohonan yang tidak boleh diproses di kaunter.
P3 pula ialah kategori kad pengenalan untuk pemohon yang tidak lulus dan dibatalkan. Nombor kad pengenalan yang dikeluarkan kepada pemohon dalam resit sementara juga dibatalkan.

Pada Januari, Ketua Jabatan Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Ruslan Alias memberitahu RCI, ada 130,549 kad pengenalan bermasalah.
Daripada jumlah itu, katanya, hanya 8,553 daripada kad pengenalan bermasalah sudah disiasat bermakna 105,297 lagi belum.

Ong berkata, seramai 49,159 pengundi dalam daftar pemilih dapat dikesan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) daripada 105,297 pemegang kad pengenalan P1 dan P2.
Beliau berkata, seramai 23,179 memiliki kad pengenalan dalam kategori P1 dan 25,980 pengundi dalam senarai P2 pada PRU13.

Beliau memberitahu RCI yang diketuai bekas Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, sejumlah 4.9 peratus pengundi di Sabah menggunakan kad pengenalan dalam kategori P1 dan P2. –
 23 Julai, 2013.The Malaysian Insider

Tidak ada komentar:

Posting Komentar